Tanpa!! Membelanjakan Ribuan Ringgit Anda “Layak” Mendapatkan Tapak Perkhemahan Pada Rm979 Di Sulam Suasana Pinggir Hutan dalam masa 24 jam.
Langkah Bijak Anda Bermula, Setelah anda Berjaya Merungkai Satu Persatu Keistimewaan Tapak Perkhemahan KemSriPilah Serta Pulang Dengan Kupon Promosi RM XxX di Akhir Pembacaan. Ketahuinya Lebih Lanjut!
Kem Sri Pilah adalah tapak perkhemahan Berpatutan berkonsepkan perkhemahan pinggir hutan & berdekatan sungai yang masih mengekalkan konsep KHEMAH menguji kesabaran kepada sesiapa yang mengalaminya.Kem Sri Pilah masih menjadi pejuang bagi penyediaan Tapak Perkhemahan untuk memenuhi kehendak anda.
Antara faktor utama, badan penyelaras perkhemahan memilih Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah adalah kerana kesesuaian Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah berada di pinggir hutan dan ditepinya punyai sebatang sungai yang amat diperlukan oleh setiap badan penyelaras untuk menjayakan aktiviti mereka.
Dengan Kombinasi pinggir hutan & beserta sungai yang tidak putus-putus membolehkan anda melakukan aktiviti luar mahupun yang menggunakan Tapak Perkhemahan KemSriPilah ini untuk majlis Perkahwinan itu terpulang kepada kreativiti masing-masing.
Kami tahu yang anda mahukan sesuatu yang lain dari yang lain,Betul ke Betul? dimana anda punyai keinginan melakukan aktiviti luar yang agak jauh dari tempat anda sekarang,Pastinya Seronok Bukan!!!
Anda PENGELOLA AKTIVITI! Tanyakan diri anda tentang SITUASI INI….
Bayangkan anda kini adalah seorang PESERTA tak kisah dari pelusuk IPT ke IPTS,sekolah rendah mahupun menengah ada satu (1) soalan penting yang perlu anda jawab!
Mahukah anda melakukan “aktiviti” di persekitaran sekolah ataupun Universiti anda sahaja?.Agak-agak macam mana perasaan anda pada ketika itu?Mungkin juga anda redha ataupun anda hadir dalam paksaan.
Dalam hati”kene juga datang 3 hari 2 malam jer” kalau tak hadir tak lulus aku nanti.Saya biasa lihat di mana ada juga pihak yang Pacak Khemah tengah padang,“Kurang Budjet Katanya”,dan “Malas Nak Sebut Nama” kesian sangat-sangat kerana anda tidak tahu perasaan mereka yang hadir.Kerana anda boleh mengadakan aktiviti di sini dengan menggunakan kemudahan yang ada semaksimum mungkin.
Saya sekadar berkongsikan saat-saat manis bila terpandang wajah-wajah mereka yang hadir untuk mengadakan aktiviti sekitar tapak perkhemahan Kem Sri Pilah.Saya rasa anda patut luangkan masa emas anda bersama Kem Sri Pilah yang pastinya berbaloi,Ini adalah satu cadangan sahaja.


Nyahkan Idea Bernas…
“Tolak Tapak Perkhemahan KemSriPilah Secara Bulat-Bulat “ Sebelum Menghabiskan Bacaan..

Terbukti!! Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah juga mampu menampung peserta seramai 200 orang pada satu-satu masa.Berapa anggaran peserta anda?
Ini adalah gambaran sekitar Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah yang mampu menampung seramai 200 orang peserta dalam satu-satu masa.
Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah juga bercirikan keselamatan kerana jauh dari jalan raya, bagi ibubapa maka dinasihatkan supaya tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak anda semasa berada di sini.
Di kelilingi Pokok Buah-Buahan.
Tapak Perkhemahan Sri Pilah di kelilingi oleh pokok buah-buahan iaitu pokok rambutan.Mesti anda sudah biasa sangat dengan Pokok Rambutan,betul tak?
Tapak Perkhemahan anda bakal di kelilingi oleh pokok buah-buahan sekitar Tapak Perkhemahan KemSriPilah.
Bermacam jenis rambutan yang ada di sini ada! Anda perlu alami sendiri bagaimana rasanya berada dalam dusun buah-buahan.
Detik dimana anda dapat petik buah-buahan dan terus makan memang syok la! Dan akan anda rasai sebentar sahaja lagi. Jadi di mana tapak perkhemahan yang anda perlu pilih? Di cadangkan bersama Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Seorang “Guide” Akan Bantu Anda Cari 6 Keistimewaan Kem Sri Pilah.
1.Cuba Ubah gambar di bawah menjadi gambar anda!.
Dari senyuman mereka sahaja anda sudah tahu betapa puasnya hati mereka kerana dapat bergambar pada sebahagian gua yang ada di sekelilng Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.
Dan Dapat Melihat kebesaran ciptaan tuhan yang maha agung & juga mendekatkan lagi diri dengan maha pencipta.Tak dapat datang,Tengok pun jadilah.Tapi bagi yang berkesempatan ke Tapak Perkhemahan KemSriPilah jangan lupa ambil gambar tau…
Untuk sampai ke sini,cuma beberapa minit sahaja dari Tapak Perkhemahan KemSriPilah dan anda tidak perlu risau langsung kerana anda bakal dibawa ke Gua ini dengan kendalian Guide yang akan bersama dengan anda kelak.Kami tidak akan lepaskan anda tanpa tujuan yang tidak pasti.


Di kisahkan pada suatu ketika dahulu Tapak perkhemahan KemSriPilah adalah sawah padi.Betul ke ni? betul! dan sekarang sawah padi itu menjadi sawah kering & dijadikan Tapak Perkhemahan KemSriPilah.Oleh kerana ini lah terhasilnya empangan batu ini.
Itu cerita lama,tapi kini ianya menjadi tempat untuk mereka-mereka yang terpilih untuk memilih kami sebagai salah satu tapak perkhemahan untuk anda menjalankan aktiviti.Di sini anda juga boleh menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan program anda.
3.Bagaimana jika ini adalah gambar anda?.
Di sini memang banyak tarikan yang perlu anda tahu antaranya lebih 10 air terjun yang sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga.Airnya yang jernih dan tidak membahayakan pengunjungnya.
Kedatangan anda memilih tapak perkhemahan Kem Sri Pilah sebagai tuan rumah kepada aktiviti yang akan anda jalankan nanti disambut oleh beberapa jeram yang sedia menanti kedatangan anda antaranya Jeram Tinggi,Jeram Licin dan beberapa nama jeram yang tidak dapat kami sebutkan di sini.Cukuplah dua nama sahaja yang perlu anda tahu setakat ini.Nak sebut semua,takut panjang sangat.
Kepada jenis makan gaji dan sering stress dengan kerja anda sekarang.Dimana anda perlu lepaskan stress anda itu? Dimana lagi jika tidak ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah. Rancanglah masa yang sesuai untuk digunakan sebaiknya dengan memilih kami sebagai tuan rumah bagi memenuhi aktiviti anda.

