Tanpa!! Membelanjakan Ribuan Ringgit Anda “Layak” Mendapatkan Tapak Perkhemahan Pada 

Rm979 Di Sulam Suasana Pinggir Hutan dalam masa 24 jam.

Langkah Bijak Anda Bermula, Setelah anda Berjaya Merungkai Satu Persatu Keistimewaan Tapak Perkhemahan KemSriPilah Serta Pulang Dengan Kupon Promosi RM XxX di Akhir Pembacaan. Ketahuinya Lebih Lanjut!

Kem Sri Pilah adalah tapak perkhemahan Berpatutan berkonsepkan perkhemahan pinggir hutan & berdekatan sungai yang masih mengekalkan konsep KHEMAH menguji kesabaran kepada sesiapa yang mengalaminya.Kem Sri Pilah masih menjadi pejuang bagi penyediaan Tapak Perkhemahan untuk memenuhi kehendak anda.

Antara faktor utama, badan penyelaras perkhemahan memilih Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah adalah kerana kesesuaian Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah berada di pinggir hutan dan ditepinya punyai sebatang sungai yang amat diperlukan oleh setiap badan penyelaras untuk menjayakan aktiviti mereka.

Dengan Kombinasi pinggir hutan & beserta sungai yang tidak putus-putus membolehkan anda melakukan aktiviti luar mahupun yang menggunakan Tapak Perkhemahan KemSriPilah ini  untuk majlis Perkahwinan itu terpulang kepada kreativiti masing-masing.

Kami tahu yang anda mahukan sesuatu yang lain dari yang lain,Betul ke Betul? dimana anda punyai keinginan melakukan aktiviti luar yang agak jauh dari tempat anda sekarang,Pastinya Seronok Bukan!!!

Anda PENGELOLA AKTIVITI! Tanyakan diri anda tentang SITUASI INI….

Bayangkan anda kini adalah seorang PESERTA tak kisah dari pelusuk IPT ke IPTS,sekolah rendah mahupun menengah ada satu (1) soalan penting yang perlu anda jawab!

Mahukah anda melakukan “aktiviti” di persekitaran sekolah ataupun Universiti anda sahaja?.Agak-agak macam mana perasaan anda pada ketika itu?Mungkin juga anda redha ataupun anda hadir dalam paksaan.

Dalam hati”kene juga datang 3 hari 2 malam jer” kalau tak hadir tak lulus aku nanti.Saya biasa lihat di mana ada juga pihak yang Pacak Khemah tengah padang,“Kurang Budjet Katanya”,dan “Malas Nak Sebut Nama” kesian sangat-sangat kerana anda tidak tahu perasaan mereka yang hadir.Kerana anda boleh mengadakan aktiviti di sini dengan menggunakan kemudahan yang ada semaksimum mungkin.

Saya sekadar berkongsikan saat-saat manis bila terpandang wajah-wajah mereka yang hadir untuk mengadakan aktiviti sekitar tapak perkhemahan Kem Sri Pilah.Saya rasa anda patut luangkan masa emas anda bersama Kem Sri Pilah yang pastinya berbaloi,Ini adalah satu cadangan sahaja.

Screenshot-1

Nyahkan Idea Bernas…

“Tolak Tapak Perkhemahan KemSriPilah Secara Bulat-Bulat “ Sebelum Menghabiskan Bacaan..

Tapak Perkhemahan KemSriPilah Mampu menampung 200 peserta dalam satu-satu masa.

Terbukti!! Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah juga mampu menampung peserta seramai 200 orang pada satu-satu masa.Berapa anggaran peserta anda?

12039375_886468021446746_46689466724632160_n

 

Ini adalah gambaran sekitar Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah yang mampu menampung seramai 200 orang peserta dalam satu-satu masa.

Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah juga bercirikan keselamatan kerana jauh dari jalan raya, bagi ibubapa maka dinasihatkan supaya tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak anda semasa berada di sini.

Di kelilingi Pokok Buah-Buahan.

Tapak Perkhemahan Sri Pilah di kelilingi oleh pokok buah-buahan iaitu pokok rambutan.Mesti anda sudah biasa sangat dengan Pokok Rambutan,betul tak?

Tapak Perkhemahan anda bakal di kelilingi oleh pokok buah-buahan sekitar Tapak Perkhemahan KemSriPilah.

Bermacam jenis rambutan yang ada di sini ada! Anda perlu  alami sendiri bagaimana rasanya berada dalam dusun buah-buahan.

Detik dimana anda dapat petik buah-buahan dan terus makan memang syok la! Dan akan anda rasai sebentar sahaja lagi. Jadi di mana tapak perkhemahan yang anda perlu pilih? Di cadangkan bersama Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Seorang “Guide” Akan Bantu Anda Cari 6 Keistimewaan Kem Sri Pilah.

1.Cuba Ubah gambar di bawah menjadi gambar anda!.

Dari senyuman mereka sahaja anda sudah tahu betapa puasnya hati mereka kerana dapat bergambar pada sebahagian gua yang ada di sekelilng Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Dan Dapat Melihat kebesaran ciptaan tuhan yang maha agung & juga mendekatkan lagi diri dengan maha pencipta.Tak dapat datang,Tengok pun jadilah.Tapi bagi yang berkesempatan ke Tapak Perkhemahan KemSriPilah jangan lupa ambil gambar tau…

Untuk sampai ke sini,cuma beberapa minit sahaja dari Tapak Perkhemahan KemSriPilah dan anda tidak perlu risau langsung kerana anda bakal dibawa ke Gua ini dengan kendalian Guide yang akan bersama dengan anda kelak.Kami tidak akan lepaskan anda tanpa tujuan yang tidak pasti.

 2. Swimming Pool “empangan batu”

Di kisahkan pada suatu ketika dahulu Tapak perkhemahan KemSriPilah adalah sawah padi.Betul ke ni? betul! dan sekarang sawah padi itu menjadi sawah kering & dijadikan Tapak Perkhemahan KemSriPilah.Oleh kerana ini lah terhasilnya empangan batu ini.

Itu cerita lama,tapi kini ianya menjadi tempat untuk mereka-mereka yang terpilih untuk memilih kami sebagai salah satu tapak perkhemahan untuk anda menjalankan aktiviti.Di sini anda juga  boleh menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan program anda.

3.Bagaimana jika ini adalah gambar anda?.

Di sini memang banyak tarikan yang perlu anda tahu antaranya lebih 10 air terjun yang sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga.Airnya yang jernih dan tidak membahayakan pengunjungnya.

Kedatangan anda memilih tapak perkhemahan Kem Sri Pilah sebagai tuan rumah kepada aktiviti yang akan anda jalankan nanti disambut oleh beberapa jeram yang sedia menanti kedatangan anda antaranya Jeram Tinggi,Jeram Licin dan beberapa nama jeram yang tidak dapat kami sebutkan di sini.Cukuplah dua nama sahaja yang perlu anda tahu setakat ini.Nak sebut semua,takut panjang sangat.

Kepada jenis  makan gaji dan sering stress dengan kerja anda sekarang.Dimana anda perlu lepaskan stress anda itu? Dimana lagi jika tidak ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah. Rancanglah masa yang sesuai untuk digunakan sebaiknya dengan memilih kami sebagai tuan rumah bagi memenuhi aktiviti anda.

4.Rasai Calang Lebah!!!

Bagaimana anda melihat “calang lebah” ini sebagai satu benda yang unik & rare.Di persekitaran Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah mengandungi pelbagai unsur semulajadi yang jarang di jumpai.Jika anda memilih untuk mengadakan program di tapak perkhemahan Kem Sri Pilah ada akan di bawa ke sini.

Melihat hanya dalam gambar adalah sangat berbeza dengan realiti.Cuma ini adalah salah satu tambahan yang bakal anda rasai di persekitaran Kem Sri Pilah.Cuma mereka yang tahu akan sesuatu kelainan akan menghargai kelainan.Jom kita sama-sama datang ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Cuba anda teliti dan tenung dalam-dalam gambar ini! adakah terpancar raut wajah muram di sebalik gambar jejaka tampan ini?Pastinya tidak.

Bahkan terpancar wajah kegembiraan bercampur teruja mencuba calang lebah di sekitar Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

 
5.Gua Batu yang tiada tandingan

Maaf….sebab gunakan ayat yang tidak patut di gunakan.Ya ayat yang tiada tandingan tu.. gambar ini adalah gambar gua batu semulajadi yang ada di persekitaran tapak perkhemahan kem sri pilah.

Oleh itu,anda yang bakal atau akan mengadakan aktiviti di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah seharusnya merancang dari awal.Jika anda gagal merancang,anda dah gagal dalam perancangan aktiviti anda.

Cuba bayangkan anda post gambar ini ke fesbuk…agak-agak berapa ramai yang like dan comment.Mesti ramaikan!Nak-nak pula gambar ini berubah menjadi gambar anda setelah anda mengadakan aktiviti di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.Anda sebenarnya rugi jika anda ke perkhemahan kem sri pilah tetapi anda tidak dapat kesini…kesian,rugi lah alamatnya.

6.Ambil alih tugas [tarzan] buat sementara waktu.

 

Kita biasa sangat dengar “tarzan” di sini anda boleh cuba jadi “tarzan” nak menjerit pun tak kisah…. Anda akan di bawa ke sini apabila anda membuat pilihan bijak memilih tapak perkhemahan kami sebagai tempat perkhemahan anda.(Lihat saja gambar di ini).Jeritlah sekuat mungkin tinggalkan stress anda kepada kami,kami mampu menerimanya.Pulanglah dengan perasaan yang tenang.

Kami harap anda bakal pulang dengan satu perasaan yang tenang selepas anda tinggalkan “tekanan stress” anda kepada kami,jadi dimana untuk merasai kenikmatan menjadi “Tarzan”.Dimana lagi jika tidak ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Ambil satu langkah bijak untuk bersama kami dalam menyelami ketenangan alam bersama Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah yang jauh dari riuh kota.

Buyaian Tunggal Nama Diberi, Sekali Cuba Pasti Berani,

 

 

Awas!! [Untuk Tontonan Umum] Tarzan “Buyaian Tunggal” 

 

p/s: Setiap gambar adalah hak milik Tapak Perkhemahan KemSriPilah.com

Macam Mana! Berminat?

Oleh kerana anda telahpun menghabiskan bacaan ke peringkat ini,kami ada menyediakan pakej asas yang sangat khas untuk anda pembaca bertuah.Dalam pakej ini kami akan memberikan anda

“5 kemudahan asas dalam satu harga”.

1.Tapak perkhemahan

2.Surau Terbuka

3.Kemudahan asas seperti(tandas dan elektrik)

4.Ruang Dewan Terbuka

5.Tempat parking kereta yang selesa.

Jika Anda Sedang Merancang Atau Akan Mengadakan Aktiviti Di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah,Harga Yang Berpatutan bakal jadi milik anda.

 

“Pakej Basic” Tapak Perkhemahan KemSriPilah

  • Sewaan Tapak Perkhemahan 3 hari 2 Malam Rm 979
  • Sudah Termasuk -Tapak Perkhemahan
  • Kemudahan Asas seperti tandas dan elektrik
  • Ruang Dewan Terbuka sesuai untuk pelbagai aktiviti dan ruang solat.
  • Tempat letak kereta yang selesa.

Pakej hanya untuk peserta kurang dari 80 orang kebawah.

Call

Seorang Prof…UPSI Tinggalkan kata-kata seperti ini selepas ke sini

Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin

Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

“Saya dapati Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah ini memang selari dengan namanya,iaitu sri!!Sri maknanya cantik,memang cantik sebenarnya.Persekitaran yang masih belum dikacau sebenarnya ada suasana air terjun,hutan yang menghijau.Kalau untuk proses mencari ilmu,mencari ilham,untuk menyatukan keluarga,untuk berfikir,tempat ini adalah satu tempat yang cukup unik.Sekelilingnya yang penuh dengan sejarah.Kalau kita lihat di luar penuh dengan hutan-hutan batu di sini memang hutan yang sebenar yang boleh kita menyatukan keluarga menyedapkan hati dan bermacam-macam lagi yang boleh kita cari disini.Bersantai sambil merapatkan tali silaturrahim,muafakat, musyawarah, budi sopan dan santunya yang ada di sini memang cukup menarik memang patut kita hadir disini untuk merasai betul-betul,apa nikmat yang sebenarnya?.Terima Kasih.”

Ketiadaan Probe Pada Aktiviti Anda ?

Bila sebut berkenaan aktiviti memang adalah sesuatu yang penting apabila anda berada di sini.Dengan tiadanya aktiviti kedatangan anda ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah adalah sia-sia.Oleh itu,anda perlu sediakan aktiviti anda sendiri.

Di harap selepas ini tiada lagi persoalan apakah aktiviti yang di sediakan oleh Pihak Kem Sri Pilah.Jadi maknanya anda di berikan sepenuh kepercayaan untuk menjalankan aktiviti seperti yang telah di rancang.

Tak perlu nak gah sangat dalam nak menjalankan aktiviti, cukup sekadar aktiviti yang biasa-biasa tapi memberikan impak yang luar biasa.Ini bukanlah rekaan semata-mata, sememangnya di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah tiada sebarang Probe untuk aktiviti anda.

Apabila anda berjaya merancang aktiviti anda sendiri kepulangan anda akan di sambut oleh aura positif kerana segala perancangan anda mencapai objektif yang anda hajati.

Di bawah adalah senarai aktiviti yang tidak perlukan modal yang besar tetapi memberi impak positif kepada peserta yang akan datang Kem Sri Pilah.

Antara Aktiviti Pilihan Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah

  • Explorace
  • Search ,Cooked & Lunch
  • Ice Breaking
  • Platoon War Games
  • BBQ

Anda sebenarnya bebas untuk melakukan aktiviti di persekitaran tapak perkhemahan Kem Sri Pilah, segala kemudahan alam disini anda boleh gunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan program anda.Oleh itu, aktiviti anda akan lebih meriah dengan menggunakan kemudahan alam tanpa modal yang besar.

Di bawah adalah contoh aktiviti yang boleh lakukan dengan mudah tanpa memerlukan kos yang tinggi disamping dapat mengeluarkan idea yang bernas dan kreativiti tinggi pada setiap peserta anda.

Warna-warni Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah semasa aktiviti di jalankan...

Kenapa Kami Masih Kekalkan Konsep Khemah?

10714398_696778980415652_8237499298660102579_o

 

Sifirnya mudah,kata nak kan satu pengalaman yang terindah jadi khemah lah yang paling sesuai pada pandangan kami…tak gitu.Mungkin anda tinggal di kota raya dan tak pernah sama sekali merasai nikmat berkhemah di pinggir hutan simpan yang semestinya anda perlu rasai sendiri seumur hidup. Kami tak nak cakap panjang lebar untuk penerangan ini,kami harap anda faham situasi kami dan jangan hubungi dan minta kami sediakan tempat penginapan untuk memenuhi aktiviti anda. Kami akan tetap kekal dengan konsep perkhemahan buat masa ini dan akan menambah baik dari masa ke semasa.

 

Santai “Bersama Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah”.

Indahkan pemandangan pada waktu petang di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah yang tentunya jauh dari kota,dari sini agak sukar untuk mendengar bunyi kenderaan kerana berada agak jauh dari jalan.Jadi jika anda sangat memerlukan Tapak Perkhemahan seperti ini,anda hanya perlu menekan butang “Tempah Sekarang” dan tarikh anda penentu untuk berkenalan dengan tapak perkhemahan ini.Kami dah sediakan butang tempahan khas untuk anda. 


Call Sekarang

Ada juga yang datang ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah untuk mengadakan Reunion untuk merapatkan lagi tali perhubungan kawan yang lama yang kian jauh.Kami menerima mereka dengan tangan terbuka.Sambil-sambil bersembang mereka juga merasai ketenangan yang yang ada di sini. Kami di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah Tak kisah langsung pun!!! Anda bebas melakukan apa saja yang anda inginkan sambil lepak dengan kawan lawa di tambah pula gelak ketawa mengenangkan kisah zaman persekolahan dahulu memang sangat syok lah jawabnya. Di tambah pula dengan telatah anak anda yang sedang bermain keriangan,jika kedatangan anda membawa cahaya mata anda ,pastinya membawa impak yang besar kepada mereka kerana Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah berada tidak jauh dari sungai semulajadi.Sesetengah dari mereka meninggalkan gambar kenangan setelah mengakhiri aktiviti di  Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.Mungkinkah Kem Sri Pilah mengukir 1001 kemanisan dalam diri mereka.

Soalan? saya mahu bermalam di sini ingin membawa keluarga saya,adakah Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah ini mempunyai rumah penginapan.

Jawapan: Ya kami sediakan untuk anda satu unit rumah,satu bilik bagi kami ini sudah mencukupi bagi mereka yang inginkan satu suasana yang jauh dari riuh bandar & berhampiran dengan pinggir hutan.

Gambar dari luar rumah penginapan kami yang disediakan di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah 

Gambar dari dalam Rumah Penginapan di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah

Sudut Pandang Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah Bersama “Kepok Padi”

Santai di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah pastinya mengujakan dengan berehat bersama Kepok Padi sambil menghirup udara segar pada waktu aktiviti pilihan anda. Kepok Padi ini telah termasuk di dalam senarai pakej yang telah kami sediakan,oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan untuk memikmati suasana di pinggir hutan simpan. Dimana untuk nikmati suasana ini?Dimana lagi  kalau bukan di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

 

 

“Pakej Basic” Tapak Perkhemahan KemSriPilah

  • Sewaan Tapak Perkhemahan 3 hari 2 Malam Rm 979
  • Sudah Termasuk -Tapak Perkhemahan
  • Kemudahan Asas seperti tandas dan elektrik
  • Ruang Dewan Terbuka sesuai untuk pelbagai aktiviti dan ruang solat.
  • Tempat letak kereta yang selesa.

Pakej hanya untuk peserta kurang dari 80 orang kebawah.

“Pakej KSP 97” 

  • Pakej ini bagi minimum kumpulan 150 orang
  • Sudah Termasuk -Tapak Perkhemahan
  • Kemudahan Asas seperti tandas dan elektrik
  • Tempat Memasak “Terbuka”
  • Ruang Dewan Terbuka sesuai untuk pelbagai aktiviti dan ruang solat.
  • Tempat letak kereta yang selesa.
  • Satu unit rumah 1 bilik sesuai untuk fasilitator. “untuk 3 hari 2 malam”
  • Jungle Tracking
  • Dorm Khemah untuk 4 orang sahaja.
  • Set BBQ” arang,ayam dan rempah akan disediakan”.
  • Penyediaan makanan 4 kali[pagi,tengahari, malam, minum malam]

“Pakej SANTAI 2.0” 

  • Pakej ini bagi minimum kumpulan 35-40 orang
  • Sudah Termasuk -Tapak Perkhemahan
  • Kemudahan Asas seperti tandas dan elektrik
  • Tempat Memasak “Terbuka”
  • Ruang Dewan Terbuka sesuai untuk pelbagai aktiviti dan ruang solat.
  • Tempat letak kereta yang selesa.
  • Jungle Tracking
  • Dorm Khemah untuk 4 orang sahaja.
  • Set BBQ” arang,ayam dan rempah akan disediakan”.
  • Penyediaan makanan 4 kali[pagi,tengahari, malam, minum malam]
  • note : Pakej ini hanya untuk 2 hari 1 malam sahaja untuk tempahan awal hubungi nombor tertera : 013-6219636

+Tambahan

  • Satu unit rumah 1 bilik sesuai untuk fasilitator. note tepi tambahan Rm 100 bagi malam berikutnya
  • Jungle Tracking “pakej kumpulan 50 orang keatas”  Rm 350 khidmat seorang guide disediakan.
  • Penyediaan makanan Rm 35 seorang/hari
  • Penyediaan khemah atau dom Rm 10/seorang

Luangkan Sedikit Masa Untuk Berfikir Sejenak

Pastinya anda sedang berfikir apakah Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah ini sesuai dengan aktiviti yang akan anda jalankan di sini.Jika ya,anda perlu tetapkan tarikh terlebih dahulu kemudian hubungi kami di no tertera +1 (013) 621-9636 azali zulkarnain akan membantu anda secepat mungkin.

Mudahkan!

Kadang-kadang tarikh yang anda telahpun di kebas orang jadi apa yang perlu kami katakan “sorry” yang tarikh itu telahpun di tempah beserta bayaran pendahuluan.Cadangan kami cuma “anda perlu cari tempat lain”,itu sajalah ayat yang sesuai dengan situasi ini.(Macam goreng pisang panas pula Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah ni) 

Kami tak nak cakap panjang-panjang,azali zulkarnain sedang menunggu anda dengan telifon ditangannya cuma anda perlu menghubunginya di nombor tertera

Jika anda adalah orang terawal dan bertuah kami ada satu jaminan untuk anda.Cuma anda perlu habiskan pembacaan di bawah.

Jaminan Tanpa Soalan,yang anda bakal pulang dengan tarikh pilihan anda setelah membuat tempahan.Jadi lakukan tindakan segera sebelum tarikh pilihan anda di kebas orang.

KLIK Sini untuk tebus Kupon Promosi RM XxX 

ikhlas,

admin kemsripilah.com

azali zulkarnain

+1 (013) 621-9636

Soalan lazim

Soalan:Saya Berminat untuk mengadakan aktiviti di tapak perkhemahan Kem Sri Pilah ini,bagaimana untuk saya booking tarikh saya?Saya was-was jika tarikh program saya clash dengan tarikh yang lain.

Jawapan:Anda boleh terus menelefon no ini untuk booking tarikh anda +1 (013) 621-9636 kami akan jawab secepat mungkin.

Soalan:Bagaimana dengan penginapan?Adakah tapak perkhemahan Kem Sri Pilah ada menyediakan rumah penginapan?

Jawapan:Ada,cuma rumah penginapan yang kami sediakan cukup untuk fasilitator atau penganjur yang mempunyai ruang tamu yang di lengkapi kemudahan asas seperti elektrik,ruang solat yang mencukupi dan satu bilik khas untuk anda.

Soalan:Adakah saya boleh membawa kenderaan sampai ke tapak perkhemahan ini?

Jawapan:Ya,sudah tentu boleh! kami menyediakan jalan yang selesa untuk sampai ke tapak perkhemahan kami,anda tidak perlu risau akannya.dan ruang letak kereta telah pun kami sediakan untuk anda.

Soalan:Bagaimana untuk menjadi rakan Kem Sri Pilah.

Jawapan:Ini adalah soalan yang bagus!Jika anda setuju,anda cuma perlu tekan butang like di page kami di bawah dan anda bakal menjadi sebahagian dari kami,Insyallah.Boleh!

Mari Berkenalan Dengan Lebih Rapat Lagi di facebook dan untuk mendapatkan info-info percuma &  terkini berkaitan Tapak Perkhemahan KemSriPilah tanpa sempadan.